Pemilik

My Photo
aku baik(kot), tapi baik-baik!

Tuesday, August 30, 2011

Day 30

Day 30: Your choice!


Selamat hari raya semua! - from Canberra

banyak betul dugaan sebelum raya hari ni. jiwa terseksa kot bila tau canberra raya hari rabu..sehari lambat dari mesia.. T__T tapi lame2 redha jelah kan sambung puasa lagi sehari kat sini. tup2 bila bangun hari selasa, yakni hari ni, aku dapat msg kate raye hari ni..aku macam.. wt*?? makanya terus fb dibuka dan kelihatan sekalian warga canberra bagaikan dilanggar garuda. dikatakan imam masjid canberra mengkhabarkan berita raya di canberra jatuh pada hari selasa dan bukan rabu...ffuuuuu...maka kelamlah kabut diri ini memasak dan berbuke dan mengemas kamar sebaik mungkin dengan niat mahu hadir kelas pada jam 11. namun masa membataskan segalanya. kelas hanya tinggal kelas dan makmal komputer juga hanya sekadar dipinggir bibir. maka berayalah aku di perantauan pada hari selasa dengan suka hati mengisytiharkan cuti pada hari ini. namun keseronokan hari ini tidak berpanjangan. ujian komputer esok hari masih resah dalam fikiran. tetapi sudah dapat kujangka fikiranku akan melayang entah ke mana selama satu jam ujian berlangsung. pasti kemeriahan beraya di rumah dato's berlegar-legar di mindaku dan bukannya coding MATLAB. dan kekibutan ini akan terus berlangsung selama 1-2 minggu lagi..namun syukur masih ku panjatkan pada ILAHI kerana aku masih berkesempatan untuk menyambut syawal walaupun tidak sesempurna di Malaysia. dan cukup puasaku 29 hari :)


>>disp(['selamat hari raya semua!']);

p/s: this is the end of this challenge. adios.



2 note(s):

HudaSaffry said...

Bukan sepatutnya baju raya warna merah ke? Haha. Eid mubarak lagi utk ko kali ke 800 :p

Izyan said...

hahaha..mmg ni bkn baju raye aku pon ;p arini baru pkai baju raye..hehe.. :pp selamat hari raye jugak huda!! :DD